Bismillahirahmannirahim..kejadian ini berlaku kat diri aku sendiri. Pada mulanya aku tak tahu yang aku terkena sihir pelalau @ sihir pemisah yg dikirimkan oleh seseorang yang sakit hati pada aku. Niat hati aku mulanya ingin meneman kawan aku untuk berubat, aku namakan dia Maya( bukan nama sebenar)
"Ko boleh teman kan aku tak nesa, aku nak jumpa "ORANG NI" nak berubat, tanya maya pada aku.
"Bila?"tanya aku
"Malam ni, aku ambk kau pukul 8 malam" ujur maya..Aku pn setuju untuk teman kan dia. Tepat jam 8 malam maya sampai kat rumah aku dan kami terus bergerak ke rumah orang yg dia ingin berubat. Sebenarnya aku ada rasa ragu- ragu dan tak sedap hati tapi aku gagah kan juga lah diri untuk teman dia. Rumah yang nak dituju tak jauh pun cuma di Tasik Permaisuri. Disitu ada banyak rumah-rumah flat. Sesampai sahaja dirumah orang tersebut yang aku gelarkan namanya 'Pak din' dan 'mak iti' isterinya.
Aku perhatikan disekeliling rumahnya suram dan agak menyeramkan, aku pikir yang kawan aku, Maya ni nak jumpa ustaz rupanya BOMOH. Aduh jem kepala aku, kalau aku tahu memang aku tak mau ikut sebab dia nak mintak pada bomoh tu pasangkan susuk. Allahuakbar..aku terjebak ikut subahat. Aku hanya memerhatikan sahaja cara perubatan yang dilakukan sambil dalam hati aku istigfar berkali-kali. Tiba-tiba isterinya mak iti tegur aku..
"Kamu tak nak berubat ke?" Tanya mak iti
Aku terpingar-pingar sepontan aku bertanya " kenapa?"
"Ada sesuatu ikut ko dari tadi, dia ada kat luar tu sambil tengok ko, dia marah sebab takut kau mau berubat"ujurnya..
Terkejut aku bila mak iti cakap bergitu..
"Kau ada mimpi pelik-pelik tak, macam jatuh tempat tinggi, bayi, binatang buas, makhluk-makhluk seram ke" tanya mak iti..
"Ada, kerap juga saya mimpi macam tu dan kadang-kadang saya selalu dengar orang panggil nama saya tapi bila saya tengok belakang tak ada siapa-siapa pun" kata ku..
"Takpelah..meh aku tengok kan ko apa yang ada dalam badan ko" ujur mak iti.
Aku pn melihat dia memulakan proses perubatan...lama juga dia diam, dia pandang aku lama..
"Ko ada tolak cinta orang ke?"
Alamak..aku blur, aku muda lagi masa tu untuk apa cinta-cinta, niat aku nak bantu keluarga dan aku belum terfikir pun untuk bercinta atau bernikah. Tapi aku ingat-ingat lupa siapa orang yang aku tolak cinta tu...
"Ada..tp tak ingat siapa..kenapa ye?" Tanya aku inginkn kepastian..
"Budak ni sakit hati, ibarat aku tak dapat ko jadi takde sapa akan dapat ko, dia hantar sihir pelalau bermakna siapa pun orang yang ko kawan smua tak akan kekal dan dia buat supaya kau tak akan kwen sampai bila-bila, ikutkn.. dia nak buat kau sampai mati atau gila tapi tak dapat buat sebab ada yang jaga kau ni"
Mengucap aku bila aku dengar apa yang dihantar pada aku, patutlah aku tak ada rasa keinginan ingin berkawan dengan sesiapa pun. Tp aku redha mungkin ini ujian yang Allah nak berikan pada aku untuk menguji sejauh mana keimanan aku dan kesabaran aku. Selesai berubat, mak iti berikan aku 1 botol minyak dan perlu diasap dgn kemiyan setiap hari jumaat. Aku masa tu macam orang kurang cerdik, yelah bomoh-bomoh ni pada aku masa tu macam ada betul ada tak betul hakikatnya bomoh kn berdamping dengan jin.
Selesai berubat kami balik, dalam fikiran aku dok fikir sapalah orang yang sihir aku ni, cari jelah orang lain bukan susah pun..aduh..ni lah jenis tak boleh terima ketentuan Allah.
Sesampai dirumah aku berbaring diatas tilam aku sambil dok memikirkan hal yang tadi tapi tiba-tiba aku rasa meremang macam ada yang memerhati. Tapi aku macam biasalah, buat bodoh je. Tapi satu yang aku perasan pada diri aku, setiap kali aku mau solat aku pasti akan sakit badan, kepala dan kadang tu pitam. Tapi azam aku kuat mau sembuh..
Sudah puas aku berubat, asal dengar ada je ustaz yang boleh berubat aku akan pergi. Berhabis duit juga lah aku, dah baik pun akan datang lagi tapi tetap orang yang sama hantar. Untuk pengetahuan aku dah lama buang botol minyak yang diberi bomoh tu sebab apa aku buang sebab dia hantar pendamping dia untuk berdamping dengan aku, memang tak lah aku nak terima benda yang berkaitan dengan iblis dan syaitan.
Pernah juga aku berubat dekat masjid dengan sorang ustaz ni sampai meraung aku histeria. Aku antara sedar dan tak sedar je yang aku ingat masa ustaz tu ruqyah dia pegang ibu jari kaki aku, aku terasa mcm pisau dihiris-hiris tajam. Sakitnya hanya Allah yang tahu..tapi macam degil je mahkluk dalam badan aku ni nak keluar. Aku kena usaha kn juga untuk cari kebenaran dan Allah menjawab doa aku.
Aku terbaca artikal dlm facebook mengenai yasin 7 mubin untuk sihir dan aku baca satu persatu pengalaman orang yang mengamalnya dan aku bertekad untuk buat yasin 7 mubin. Tepat jam 12 malam aku mulakan solat sunat taubat 2 rakaat dan solat hajat 2 rakaat.. aku mohon pd Allah semoga apa ujian yang datang pada aku, Allah kuatkan semangat aku. Dan bermulalah bacaan yasin 7 mubin yang pertama. Malam pertama tak ada gangguan cuma aku rasa terlalu mengantuk dan bosan tapi aku kuatkan azam akan baca sampai selesai. Malam kedua tidak ada apa yang berlaku, gangguan terjadi pada malam ke-3 bacaan yasin. Masa tu aku nk memulakan bacaan aku terdegar sayup-sayup suara anjing..panjang je suaranya seoalah-olah macam memanggil sesuatu tapi aku tetap juga teruskan bacaan..makin lama makin keras suara anjing bersahut-sahutan. Tapi yang aku pelik habis sahaja bacaan suara anjing senyap.
Malam ke-4 aku mulakan bacaan yasin lagi dan kali ni gangguannya ditingkap cermin aku. Ada org bersiul-siul memanggil, tp nak kata orang ada kat tingkap memang tak logik sebab aku tinggal dirumah flat tingkat 4. Mana ada orang boleh panjat kat atas tu, bulu roma aku dh tegak- tegak..makin kuat aku baca yasin makin kuat dia panggil. Jelas ditelinga aku "pandang lah sini, pandang lah"..aduh..aku smbil baca yasin aku jeling sikit kat tingkap, tak ada apa-apa..gelap sahaja. Kadang-kadang dia bersiul-siul diselang dengan memanggil-manggil aku dengan tujuan aku stop baca yasin. Mengigil badan tak usah cakap lah tapi aku memohon perlindungan Allah dari makhluk yang keji. Macam biasa selesai habis baca yasin gangguan tu hilang.
Malam ke-5 bacaan yasin gangguan lagi hebat, aku terdengar suara lelaki dan perempuan meminta tolong, sayup je suaranya dan meminta aku hentikan bacaan yasin. Makin aku kuatkn bacaan aku makin kuat dia menjerit mintak tolong, dan aku dapat rasakan angin masuk ke dalam bilik aku sbb aku tak tutup tingkap malam tu. Aku tetap teruskan bacaan yasin sampai selesai, tapi kejadian tetap sama selepas habis bacaan suara itu pun senyap sahaja. Ganguan tak hanya sampai situ, lepas aku selesai baca yasin..aku rasa sangat-sangat mengantuk dan aku bawak anak kucing aku tidur sekali tapi malam tu aku tergerak nak buka surah yasin mp3 kat dalam telefon tp aku tak mainkn surah yasin tu cuma aku biarkn telefon aku menyala. Mata sangat-sangat mengantuk dan aku rasa hanya 5 minit je aku pejamkan mata tiba-tiba aku terasa leher aku panas seperti ada lendir-lendir melekat. Dalam mamai-mamai aku pegang leher aku..
"Hishhh..apa ni basah, alamak kucing kencing ke kat leher aku" gumam aku dalam hati..aku buka mata aku perlahan-lahan antara sedar dan mamai. Aku lihat lidah panjang dan berlendir didepan mata aku melingkar-lingkar. Aku ingatkan aku mimpi, aku gosok-gosok mata tengok..Ya Allah!!..makhluk apa ni, takda badan..hanya kepala sahaja dan lidahnya sangat panjang menjilat2 leher aku. Aku cuba baca ayat kursi tp hanya sampai ayat no 3 je lepas tu terasa macam dikunci badan, mulut smua. Aku pejam mata, xberani nak buka mata..suara dia mcm lembu kena sembelih. Makin lama makin dekat dan dia siap kibas-kibas rambut dia ke muka aku. Entah mana datang kekuatan, hanya zikir yang dapat aku lafaz dalam hati hanyalah "ALLAH". Aku fokuskan zikir Allah sehingga sampai ke hati dan alhamdulullah aku dapat gerak kan badan dan sambil mata pejam aku capai telefon aku dan terus tekan surah yasin. Aku buka mata lihat keliling sambil marah-marah..
"Makhluk terkutuk berani kacau aku ye". Aku kejutkan ayah aku kasitau dia ada perempuan lidah panjang dalam bilik. Kelam kabut ayah aku bangun buka semua lampu.
"Mana dia?"tanya ayah aku.."tadi ada, hilang dah" sepontan aku jawab.
"Lain kali dia datang ko hambat dengan buluh ni" aku pn tak tau apa fungsi buluh tu hanya orang tua-tua je yang tahu.
Esoknya aku demam sebab terkejut..adoi, lemah pulak semangat aku. Tapi apa pun aku tetap teruskan bacaan yasin mubin tu.
Malam ke-5 dalam keadaan demam pun aku buat juga sebab kena selesaikan 7 hari. Malam kelima tu gangguan dia anak monyet main sergah-sergah. Tapi hanya aku je yang nampak..takut tu tak tahu lah mungkin aku malu kot dengan makhluk-makhluk hodoh ni. Maklumlah kita ni makhluk ciptaan Allah yang paling mulia. Gangguang tu tak sehebat malam ke-4. Alhamdulillah tak ada gangguan teruk.
Malam ke-6 dan ke-7 gangguan sama tapi kali ni dia betul-betul muncul kan diri. Selesai aku menghabiskan bacaan yasin, aku tak rasa mengantuk tapi rasa berdebar-debar dan susah nak tidur. Malam tu aku tak padamkan lampu tidur yang kebiasaannya aku memang akan padam lampu bila nak tidur tapi malam tu aku tergerak tak mahu padam lampu tidur. Dalam aku hampir nk lena aku terasa ada seseorang yang berdiri didepan aku, aku buka mata perlahan-lahan. Allah, terkejut aku..sorang wanita dengan rambut terurai kedepan mendekatkan mukanya dengan muka aku..nafasnya mcm lembu kena sembelih..aku pejam kan mata dan aku cuba gerakkan tangan aku dengan niat nak tampar muka dia..aku terasa tangan aku bergerak tampar tapi aku tampar angin..dia pulak dh ghaib. Aku duduk termenung fikirkan apa yang Allah nk tunjukkan.
Sudah hampir 20 tahun aku sakit dan sudah banyak tempat aku berubat tetapi masih belum bertemu yang serasi, tapi aku tak pernah putus berdoa pada Allah semoga aku kembali sihat. Dan 2020 aku bertemu dengan seorang hamba Allah yang aku gelarkan tuan haji. Aku mendapat rawatan dari tuan haji dan alhamdulillah berjaya dibuang tapi seperti selalu akan dihantar berulang kali jika aku sudah sembuh. Sampai sekarang aku masih meneruskan rawatan dan aku juga berubat untuk diri sendiri juga. Insha Allah smga ujian aku akan berakhir smua aras izin Allah. Maaf jika cerita ku ini kurang menarik, insha Allah akan ada cerita susulan lagi kerana bukan seorang yang sihir aku tetapi 3 orang apa pun aku anggap ini smua ujian Allah untuk aku perbaiki diri aku, insha Allah..bertemu lagi di coretan akan dtg..assalammualaikum..